Rawatan Ke Rumah atau Home Visit merupakan rawatan inovatif untuk pesakit tanpa perlu meninggalkan keselesaan rumah anda. Atau rawatan untuk pesakit yang tidak selasa, berupaya atau berpenyakit kronik untuk bergerak jauh.
Bagi memudahkan pesakit Rangkaian Klinik Al-Fatih menawarkan Rawatan Ke Rumah untuk keselasaan & rawatan lebih efektif.
Rawatan Ke Rumah atau Home Visit Treatment menawarkan rawatan seperti penjagaan luka, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan darah, IV drip, presripsi ubat fisioterapi & banyak lagi.
Kami memastikan doktor dan pakar perubatan kami tidak hanya profesional tetapi juga sensitif terhadap keperluan pesakit.
Kami beroperasi dari 8 am sehingga 5 pm setiap isnin sehingga jumaat. Home Visit boleh dijadualkan mengikut keselesaan anda.
Anda mendapat rawatan berkualiti tanpa perlu keluar dari rumah.
Dari pemeriksaan perubatan hingga terapi fisik, kami menyediakan pelbagai perkhidmatan yang boleh diakses tanpa meninggalkan rumah.
Rawatan ringan orthopedik dari rumah, membantu pesakit dengan masalah tulang dan sendi tanpa perlu ke klinik.
Kami menyediakan perkhidmatan jahitan luka untuk semua peringkat umur di rumah untuk menjimatkan masa dan keselesaan pesakit.
Rawatan pembalutan luka atau Wound Dressing seperti luka kencing manis, luka lecuran, & luka-luka lain untuk memastikan pemulihan yang cepat dan berkualiti.
Penggantungan IV di rumah untuk rawatan cecair yang diperlukan untuk sistem penghadaman tidak berfungsi dengan baik, untuk mendapatkan ubat yang tidak boleh diambil melalui mulut, dan untuk pelbagai lagi.
Doktor kami akan menyusun preskripsi ubat yang diperlukan dan menyampaikannya terus ke pintu anda.
Kami menyediakan perkhidmatan vaksinasi dan penyuntikan di rumah untuk keselesaan pesakit.
Klinik yang menyediakan Rawatan Ke Rumah bagi keselesaan & pengalaman perubatan terbaik Anda.
Anda hanya perlu menghubungi kami, dan pasukan kami akan menjadualkan kunjungan ke rumah anda.
Doktor atau pakar perubatan yang berkelayakan akan tiba dengan peralatan dan keperluan rawatan. Dari pemeriksaan kesihatan hingga rawatan fisioterapi, semuanya boleh dilakukan dari keselesaan rumah anda.